Jenaka

Anak kembar
Empat bakal ayah menanti dengan penuh gelisah di bilik menunggu di hospital, sementara isteri masing-masing berjuang untuk melahirkan anak.
Selang beberapa minit selepas itu, seorang jururawat keluar dan memberitahu ayah pertama, “Tahniah awak telah menjadi ayah kepada anak kembar!”
“Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin star Enterprise” Kata ayah pertama.
Kemudian keluar jururawat lain dan memberitahu ayah kedua,”Tahniah, Encik mendapat anak kembar tiga!”.
“Yahoo… mungkin satu kebetulan saya bekerja di 3M Copration,” kata ayah kedua kegirangan.
Sepuluh minit selepas itu keluar jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga, “Syabas, isteri saudara melahirkan anak kembar empat!”
“Alhamdulillah, mungkin juga satu kebetulan, saya bekerja di Four Season Hotel” katanya syukur.
Pada waktu aitu ayah keempat kelihatan gelisah dan tidak menentu. Semua ayah yang menunggu bertanya: “Kenapa risau sangat?”
Jawab ayah keempat, “Saya tidak risau, cuma…. saya bekerja di Seven-eleven” katanya.

Kejutkan Saya
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota…
“KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI”dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya si suami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis…
“BANG, BANGUN BANG….. SUDAH PUKUL 6.30 PAGI”

Malu Sesangat
Seorang wanita muda telah ter’bersalin’ di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar.

Psychologist tu pun cakap ler, “Cik… keluar lah… aper nak dimalukan… perkara biase jer nih.”

Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, “Tak mau, tak mau, saya malu.”

Psychologist itu menambah, “Alah cik… tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk… pompuan tu beranak dalam longkang!!”

Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung lalu berkata, “Yang tu pun saya gak, waaa!!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: