ICU

Atas saranan doktor, Mamat dihantar utk berubat
di USA kerana penyakitnya yg agak kritikal.
Sesampainya di Hospital New York, Mamat
dibawa ke bilik bedah & dipasang tiub getah kiri
kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari
UK yg kelihatannya lebih parah dibawa masuk
diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh
ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih
mencuba utk berkomunikasi dgn Mamat. Dia
mengangkat tangannya dgn susah payah
berkata: “United Kingdom…”

Mamat yg juga sedang lemah,
menjawab: “Malaysian…” Setelah itu dua-duanya
pengsan kerana keletihan.

Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar
cuba berkomunikasi lagi.
Si Mat Saleh berkata dgn lemah: “James…”.

Dijawab dgn susah payah oleh
Mamat: “Mamat…”. Habis itu mereka pengsan
lagi.

Beberapa jam kemudian setelah
sedar,mereka berdua masih mencuba
melanjutkan percakapannya.

“Birmingham…” kata si Mat Saleh. Dijawab
Mamat: “Kuala Kangsar…”.Pengsan lagi….

Tak lama kemudian mereka sedar
& masih mencuba utk berbual. Si Mat Saleh yg
sudah hampir kehabisan nafas
berkata: “Cancer…”
Dan dgn sisa-sisa nafas yg ada Mamat
menyahut: “Capricorn…!”

Kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup mahu pun yang mati….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: